Saturday, 3 January 2015

kelebihan detox

Terdapat 10 kelebihan Detoks selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

✅Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan.

✅Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk.

✅Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah.

✅Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.

2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

✅Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan.

✅ Kenapa????Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit.

✅ Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.

3. Meningkatkan tenaga

✅Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga.

✅Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain.

✅Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

✅Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik.
✅Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.

5. Meningkatkan fokus.

✅Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya.
✅Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh.
✅Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.

6. Permulaan yang baik untuk kurus

✅Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat.
✅Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus.
✅Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi.
✅Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

✅Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati.

✅Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser

8. Meningkatkan kesuburan.

✅Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan.

✅Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung.

✅Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang.

✅Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

✅Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat.

✅Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin.

✅ Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

✅Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas.

No comments:

Post a Comment