Sunday, 25 January 2015

DETOX DAN KURUS

Pernah tak dengar kata-kata ni?
" Kalau nak kurus, make sure badan kene melalui proses detox dulu"
Kenapa agaknya ya. Apa reason behind that?

Apakah Detox 😅😅😅
===================
✔ Detox atau nama glemernya adalah nyahtoxin merupakan satu proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan.
✔ Secara amnya, badan kita memang melakukan detox secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis.
✔Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkeluar dari badan terutamanya apabila melibatkan kolon.

Kenapa kena detox 😰😰😰
======================
↗ Kekotoran ataupun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. In fact, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksik.
↗Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksik adalah
❎Darah tinggi
❎Jantung
❎Hati
❎Buah pinggang
❎Kencing manis

Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :-
🌟Sakit kepala yang kerap
🌟Keletihan
🌟Kulit Kusam
🌟Selalu jatuh sakit seperti demam
🌟Sembelit
🌟Dan satu kemungkinan yang paling disaster adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.

kaitan detox dan kurus 😞😞😞
===========================

↪Proses detox akan buang kotoran dan bersihkan usus.
↪Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik dan tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum.
↪Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox!
↪Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum.
↪Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan.
↪Contohnya protin sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protin membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.
↪Jadi adalah penting zat protin dapat diserap dengan baik oleh usus. ↪Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum.

Bagaimana nak detox dengan cara semulajadi dan selamat😉😉😉
======================================================

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan detox. Salah satu yang paling utama adalah pastikan minum air kosong dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana untuk menentukan kandungan air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan.

Formulanya cukup mudah

Berat badan x 40 = ___________ml

Selain itu, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan tertentu seperti lemon, limau, oren adalah agen detox semulajadi yang selamat untuk diamalkan.

Cara paling jimat adalah dengan berpuasa.

No comments:

Post a Comment