Wednesday, 13 April 2016

CARA MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH


Perkongsian terbaik yang saya terima dari whatsapp. Jom kita baca dan jadikan amalan dalam menjemput rezeki yang melimpah ruah lagi berkat.

Kita doakan orang yang berkongsi ilmu ini mendapat pahala dari perkongsiannya. Kita panjangkan pahala beliau. Semoga mendapat berkat dari-NYA.

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK. REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata, di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat dua Rakaat, sekarang ubah, tambah rakaat. Makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA, rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN, doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. Tahajjud. 
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. 
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka handphone atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran serta terjemahan walaupun satu ayat. Ini adalah kerana, apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk satu hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

Contoh; bila tak baca Quran dengan alasan banyak kerja, walau duduk di rumah sahaja, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir "Ya Wahhab" 40,000 kali setiap hari.

5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu sekali sehari, 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah. 
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. Sekali memberi, Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

Testimoni beliau lagi. Seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS', bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah tiga tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, seterika itu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu.

Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.

Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Tukar Tawakal dulu baru usaha. Minta bulat-bulat pada Allah, baru disusulii dengan usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

Semoga ada manfaat buat kita...

#copypaste

Bongkar Rahsia Kurus Secara Sihat

Ramai yang teruja nak kurus. Pantang tengok iklan yang beri jaminan kurus sekelip mata. Ramai yang cepat teruja.

Tahukah anda dapatkan berat badan yang ideal memang dituntut. Tapi bukan dengan cara segera yang akhirnya membahayakan kesihatan.

Antara tips untuk turunkan berat badan secara sihat ialah;

1. AMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI

2. MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI

3. AMBIL PROTEIN YANG CUKUP

4. KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK

5. KURANGKAN PENGUNAAN GULA PUTIH

6. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

7. MINUM 3-4 LITER AIR PUTIH SEHARI

8. MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Untuk dapatkan nasihat pemakanan seimbang dan diet yang berkesan, hubungi saya di 010-8107983 (lain) sekarang.