Konsep Penyusuan😊😀
====================
1. Kekerapan Memerah/Pam
Konsep menyusu Supply Vs Demand. Lagi kerap anak menyusu lagi banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja, lagi kerap pam lagi banyak susu dihasilkan. Jangan tunggu breast dah bengkak baru nak perah susu dan make sure breast betul2 kosong supaya signal dihantar ke otak kita supaya menghasilkan susu lebih banyak lagi.
2. Minum Air Banyak
Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana air merupakan kompenan penting dalam susu ibu. Susu yang anak kita minum tu pun dari airkan. Kalau kita tak minum cukup air macam mana kita nak hasilkan air susu kan, sedangkan susu yang mengalir dari badan kita pun dah berbentuk air.
3. Jangan Skip Makan
Makan bila tiba waktu. Sekurang-kurangnya jangan skip Sarapan Pagi, Lunch dan Dinner. Ambil makanan mengikut piramid makanan. Nutrisi dalam makanan juga mempengaruhi penghasilan susu seperti protein, kalsium, B Complex, Vitamin C dan lain-lain.
4. Positif
Si ibu perlulah bertenang dan pandai mengawal stress. Timbulkan aura-aura positif dalam diri supaya hati sentiasa gembira. Cari perkara-perkara yang boleh mengembirakan hati seperti melakukan hobi, melihat gambar anak semasa pam. Kalau stress sangat ambil B Complex.
5. Set Minda
Bayangkan yang susu anda sekali pam sampai penuh 1 botol. Sentiasa berangan yang susu dalam fridge kita tu banyak giler. Bayangkan muka anak kita yang comel tembam tu yang puas bila minum susu. Bayangkan yang baik-baik insyaAllah apa yang kita bayangkan mempengaruhi minda kita dan seterusnya mempengaruhi penghasilan susu kita.
6. DOA dan Zikir
Usaha dan DOA perlulah seiring. Mintalah padaNYA kerana sesungguhnya DIA Maha Pemberi. Rajin-rajin lembutkan lidah berzikir semasa pam atau menyusu anak. InsyaAllah susu yang diminum anak itu lebih berkat dan perjalanan penyusuan kita juga lebih berkat. boleh dapatkan DOA di sini .
Konsep penyusuan sangat-sangat penting untuk penghasilan susu yang baik. Bukan kerana ESP susu kita tak banyak, tetapi kerana diri kita sendiri, sikap kita sendiri. Demi anak kita, kita perlu kuatkan semangat, rajin berdisiplin dan sentiasa muhasabah diri. InsyaAllah matlamat untuk menyusui anak sehingga 2 tahun secara eksklusif tercapai.
Selepas order hubungi saya untuk mendapatkan cara makan yang betul serta konsultasi secara berterusan.