Saturday, 31 January 2015

Sabun ajaib sabun basic H


Assalamualaikum...hi sume ... lame saya x entry kat blog nie... smoga info yg saya berikan nie bermanfaat utk uolls...😉😉😉

Kenapa PILIH BASIC H😃😃😊😊😊
==============================

●Mahu cuba atau tidak terpulang, bagi saya ia adalah pencuci botol bayi paling selamat sebab saya tak perlu nak fikir selamat ke tak pakai pencuci botol untuk bayi di pasaran. Sangat jimat hanya 2-3 titik setiap pengunaan.

●ia nya Selamat- tidak mengandungi bahan kimia, pelarut, chlorine, ammonia dan bahan bahan terhakis

●Tidak mengandungi phosphates, nitrates dan borates.

●Tidak ade tested on animals

●Sangat ekonomi. Satu botol boleh digunakan sehingga setahun dan harganya RM50?? Sangatlah berbaloi.

●Ia adalah hasil kajian Dr.Forest Shaklee yang menghasilkan first ever Basic-H multipurpose cleaner dimana seluruh dunia begitu ASING DENGAN MAKNA GO GREEN.

✅Nak selamatkan rumah dan anak anak anda dari bahan berkimia dan toxin?

✅Takut anak anda terdedah dengan bahaya toxin?

✅Apa kata semak bahan dalam rumah anda tengok kandungan bahan kimia di dalam nya.

✅Dan hitung sendiri berapa banyak kita sudah terdedah pada bahan toxin sepanjang hidup kita.

😉😉Anda tentukan, kalo ia merbahaya sudah tentu hasil jualan Shaklee sahaja tidak mencecah RM50Juta Sebulan.

Jangan risau Mommies.. Basic H ni

✅Selamat
📌Tidak bertoksik
📌Tanpa gas beracun
📌Tanpa bahan kimia berbahaya
📌Tanpa bahan pewangi
📌Lembut pada tangan
📌pH seimbang
📌Tanpa klorin
📌Berkesan
📌Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
📌Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
📌Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

✅Mesra Alam
📌Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
📌Biorosot
📌Tanpa fosfatoo
📌Bungkusan yang boleh kitar semula
📌Tanpa bahan pewarna
📌Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
[1/17, 14:12] alin adam: Setiap produk Get Clean Shaklee, semestinya

✅Tidak Bertoksik,
✅Tanpa Gas Beracun,
✅Tanpa Bahan Kimia Berbahaya,
✅Tanpa bahan pewangi,
✅Sangat lembut pada tangan,
✅pH yang seimbang
✅Tanpa klorin.

✅Basic H Shaklee ni pasti sudah jatuh cinta dengannya..
✅apakan tidak kerja-kerja harian di rumah menjadi mudah, kesan kotoran degil di dapur, lantai, cermin tingkap, baju menjadi sangat mudah untuk di bersihkan..
✅bukan itu sahaja malahan bermacam-macam lagi kerja yang Basic H boleh bantu anda...
✅nak tahu apa dia???...ok Jom saya huraikan satu persatu..

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia. 
📌Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
📌Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.
📌Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
📌Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
📌Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.

6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.
📌Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.
📌Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
📌Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.

9. Mengasah Pisau
📌Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau  dan asah pisau seperti biasa.

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
📌Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian  di bilas.

Disini pula diterangkan tentang kegunaan Basic H Shaklee di waktu kecemasan.

1. Menghapuskan kutu di atas kepala.
📌Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
📌Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.

3. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
📌Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.

4. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
📌Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit Gigi
📌Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur.  Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
📌Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.

7. Ulser dan mulut berbau
📌Caranya: Tuangkan  4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
📌Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram  pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
📌Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat.

Sunday, 25 January 2015

DETOX DAN KURUS

Pernah tak dengar kata-kata ni?
" Kalau nak kurus, make sure badan kene melalui proses detox dulu"
Kenapa agaknya ya. Apa reason behind that?

Apakah Detox 😅😅😅
===================
✔ Detox atau nama glemernya adalah nyahtoxin merupakan satu proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan.
✔ Secara amnya, badan kita memang melakukan detox secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis.
✔Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkeluar dari badan terutamanya apabila melibatkan kolon.

Kenapa kena detox 😰😰😰
======================
↗ Kekotoran ataupun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. In fact, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksik.
↗Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksik adalah
❎Darah tinggi
❎Jantung
❎Hati
❎Buah pinggang
❎Kencing manis

Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :-
🌟Sakit kepala yang kerap
🌟Keletihan
🌟Kulit Kusam
🌟Selalu jatuh sakit seperti demam
🌟Sembelit
🌟Dan satu kemungkinan yang paling disaster adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.

kaitan detox dan kurus 😞😞😞
===========================

↪Proses detox akan buang kotoran dan bersihkan usus.
↪Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik dan tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum.
↪Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox!
↪Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum.
↪Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan.
↪Contohnya protin sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protin membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.
↪Jadi adalah penting zat protin dapat diserap dengan baik oleh usus. ↪Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum.

Bagaimana nak detox dengan cara semulajadi dan selamat😉😉😉
======================================================

Terdapat pelbagai cara untuk melakukan detox. Salah satu yang paling utama adalah pastikan minum air kosong dengan secukupnya setiap hari. Bagaimana untuk menentukan kandungan air yang perlu diminum bergantung kepada berat badan.

Formulanya cukup mudah

Berat badan x 40 = ___________ml

Selain itu, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan tertentu seperti lemon, limau, oren adalah agen detox semulajadi yang selamat untuk diamalkan.

Cara paling jimat adalah dengan berpuasa.

Wednesday, 14 January 2015

Ostematrik shaklee

Ostematrix Shaklee Bantu Atasi Sakit Pinggang, Morning Sickness

atasi sakit pinggang, sembelit

Ostematrix Shaklee Teman Terbaik Wanita:

3 masalah ini adalah masalah yang sentiasa di alami oleh wanita mahupun lelaki kecualilah ‘morning sickness’ kan. Yang itu Allah anugerahkan istimewa buat kita kaum wanita. Walaupun nampak ringan dan bukannya penyakit berbahaya tetapi sedikit sebanyak akan mengganggu rutin harian kita.Sakit pinggang juga boleh menjadi tanda awal masalah ‘osteoporosis’ atau dalam kata lain tulang reput. Masalah kurang lawas jika dibiarkan boleh membawa kepada masalah buasir. Dari sakit sikit parah pula jadinya. Maka, apakah cara untuk mengatasi masalah-masalah ini?
Mudah saja. Anda perlukan Kalsium. Tetapi bukan sembarangan kalsium keranapenyerapan kalsium memerlukan bantuan dari mineral lain seperti magnesium, boron, mangan dan sebagainya. Tanpa kesemua mineral ini, kalsium tidak diserap sempurna oleh badan dan anda tidak akan mendapat kesan terbaik. Jadi apakah pilihan terbaik anda?
Pilihan terbaik anda semestinya dengan Shaklee Ostematrix / Ostematrix Shaklee!
Ostematrix Shaklee 1

Buat makluman anda Ostematrix Shaklee adalah Kalsium ShakleeKenapa Ostematrix Shaklee?
    • Mengandungi kalsium dari unsur semulajadi yang palingmudah diserapoleh badan
    • Dilengkapi dengan magnesiumVitamin DboronVitamin Kdan mangan yang membantu memastikan penyerapan kalsiumoleh badan adalah sempurna untuk kesan terbaik.
    • Terbukti secara klinikal
    • Vitamin semulajadi

Keistimewaan Ostematrix Shaklee ?

    • Menguatkan tulang dan gigi
    • Membantu mengatasi masalah sakit pinggangsakit lututsengal-sengal badan dansakit otot.
    • Membantu melawaskan dan mengatasi masalah sembelit
    • Mengatasi simptom ‘morning sickness’ dan mengurangkan alahan
    • Membantu mengatasi simptom PMS
    • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
    • Membantu pengecutan otot dan transmisi saraf

Monday, 12 January 2015

Punca Resdung

6 Punca Berlakunya Resdung
Acute-Sinusitis
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkanpenyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya

Sunday, 4 January 2015

jangan marah anak2

Assalamualaikum

Kerap kali anak-anak sibuk menganggu mommy atau daddy ketika mendirikan solat. Ajak main. Hehe.


Kisah Rasulullah dengan cucunya, Hasan & Husein. Saya kongsikan hadis ini utk bacaan bersama.

Dipetik dari hadis riwayat An-Nasai :

Ketika waktu datang solat Isyak, Rasulullah saw datang sambil membawa Hasan dan Husin. Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, baginda pun memanjangkan sujudnya. 


Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ 

Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuah peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.'

Baginda kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.'

Subhanallah. =)

buncit selepas kawen



Adakah buncit itu menawan? Ramai yang bertanya kenapa lelaki perut buncit selepas kahwin. Selalu juga dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kahwin nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Kalau jenis gemuk  sebelum kahwin macam tak pelik sangat. Yang jadi pelik bila sebelum kahwin kurus kering dah kahwin badan...

Vivix Shaklee

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL  

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  




Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-kesan Utama Resveratrol
  • Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  • Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  • Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
  • Membina daya ketahanan terhadap kanser -
  1. Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
  2. Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  3. Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
Kebaikan-kebaikan lain:- 
  1. Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  2. Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
  3. Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
  4. Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah

Saturday, 3 January 2015

kelebihan detox

Terdapat 10 kelebihan Detoks selain mengelak kanser:


1. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penghadaman.

✅Apabila kita dah detoks usus, usus kita dapat menyerap nutrien dengan lebih berkesan.

✅Apabila bahan tidak terhadam tinggal lama dalam usus, ia akan menyebabkan bakteria merebak dan boleh memberi kesan lebih teruk.

✅Usus yang bersih boleh menyebabkan bahan tidak terhadam melaluinya dengan mudah.

✅Seperti juga longkang yang lancar aliran airnya, mampu membawa sisa-sisa terbuang dengan baik jauh ke tempat kumbahan. Longkang tersumbat boleh menyebabkan kotoran tersekat dan mendatangkan bau busuk serta penyakit.

2. Bantu kita buang air dengan lebih kerap, elak sembelit.

✅Sembelit membuatkan bahan tidak elok dalam usus berada didalam badan dengan lebih lama. Itu sangat tidak baik untuk badan.

✅ Kenapa????Sebab toksin benda tidak terhadam itu boleh menyerap ke dalam saluran darah dan mendatangkan penyakit.

✅ Ia juga boleh menyebabkan kesan lebih teruk seperti buasir.

3. Meningkatkan tenaga

✅Membuang toksin dalam badan boleh tingkatkan tenaga.

✅Tenaga yang diperlukan untuk membuang kotoran dalam usus akan lebih dijimatkan dan disalurkan untuk keperluan badan yang lain.

✅Ramai orang yang menjalani detoks usus merasa lebih bertenaga, pengaliran darah yang lebih lancar dan tidur yang lebih lena.


4. Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien

✅Usus yang telah dibersihkan membantu air, vitamin dan nutrien di serap dengan lebih baik.
✅Usus yang kotor membuatkan penyerapan nutrien kurang kerana dihalang dengan toksin yang berada dalam usus.

5. Meningkatkan fokus.

✅Sebanyak manapun makanan berkhasiat yang kita makan, tetapi tidak dapat diserap, alangkah ruginya.
✅Fokus hilang apabila badan tidak sihat kerana makanan berkhasiat yang dimakan tidak diserap dengan baik oleh tubuh.
✅Detoks usus secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seseorang dengan meningkatkan fokus apabila keperluan vitamin dan nutrien dalam badan dapat diserap dengan baik.

6. Permulaan yang baik untuk kurus

✅Makanan kurang serat yang tidak membantu detoksifikasi usus akan melalui usus lebih satu perempat lambat dari makanan penuh serat.
✅Sejenis lendiran akan terhasil disebabkan laluan makanan yang lambat ini dan melekat di dinding usus.
✅Ia juga menyebabkan jumlah berat yang membantu pembuangan bahan sisa lebih tinggi.
✅Detoks usus membantu menguruskan badan. Ramai orang yang hilang berat disebabkan oleh detoks usus kerana ia juga membantu meningkatkan metabolisma badan.


7. Mengurangkan risiko barah kolon.

✅Semua toksin yang kita makan, hidu, minum dan yang diserap oleh kulit akan diproses oleh gastrointestinal (dalam usus) dan hati.

✅Toksin yang berada dalam kolon dengan lebih lama akan membentuk sel tidak baik seterusnya menyebabkan barah/ kanser

8. Meningkatkan kesuburan.

✅Detoksifikasi Usus boleh menggalakkan pengambilan makanan yang sihat dan berserat tinggi, meningkatkan kekerapan buang air dan mengawal berat badan.

✅Lemak adalah bersifat estrogen, jika terlalu banyak dalam badan, ia akan menyukarkan peluang untuk mengandung.

✅Usus yang memberat disebabkan toksin dalamnya akan menekan uterus dan organ pembiakan yang lain dan menjadi penghalang.

✅Detoks usus atau pembersihan usus akan membuang toksin dan bahan kimia yang mengganggu telur dan sperma.


9. Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah.

✅Makanan yang biasanya menyebabkan usus tersumbat adalah makanan yang berasid, biasanya makanan yang berprotein tinggi dan kurang serat.

✅Ia akan jadi punca kelesuan. Ia adalah disebabkan tisu sel dalam usus telah dicemari toksin.

✅ Apabila yis, fungus, bakteria dan parasit menyerap dalam darah, pH dalam darah akan menjadi tidak seimbang.


10. Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

✅Detoks serta membersihkan usus dari toksin dan sisa yang tidak elok boleh membantu meningkatkan kecergasan badam badan akan rasa lebih ringan, serta lebih sihat.

sumber: http://life.gaiam.com/article/10-benefits-colon-cleansing

Shaklee juga mempunyai produk yang membantu detoks usus dan membersihkan usus. Ia dapat meningkatkan kekerapan pembuangan air, membuang dengan lebih kerap dan lawas.

DETOX USUS

JOM SAYANG USUS KAWAN KAWAN

Memandangkan HERBLAX tgh on demand skrg so nak buat entry khas utk detox sbb ramai yg igt herblax ni khas utk slimming je kan tp sebenarnya sesiapa sahaja perlu detox lg2 yg selalu masalah letih tak menentu, dah telan supplemen dah cukup tido tp dok letih je lg tu tandanya mmg anda perlu BERDETOX

 Usus Kita




Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.


Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. 


Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. 


Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. 


Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. 


Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. 


Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan. 


Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.


Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. 


Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.






Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



BOLEH PILIH NAK USUS YG KOTOR KE YG BERSIH, BILA BERSIH TU BADAN BOLEH BERFUNGSI DGN LEBIH EFISIEN TAU SO HASILNYA BILA BERDIET TU LEBIH CPT NAMPAK

CEPAT DAPATKAN HERBLAX DGN HARGA YG BERBALOI2 DGN HASILNYA